Info E-Kaunseling

Info E-Kaunseling
Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Air Itam. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: smk.airitam@yahoo.com.my atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Friday 30 December 2011

Program Orientasi Pelajar Baru








Program Orientasi pelajar baru SMK Air Itam diadakan pada 30 Disembar 2011 (Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seramai 182 orang pelajar dan lebih kurang 100 orang ibu bapa menghadiri program ini.

Semua pelajar ditempatkan di dewan sekolah, semua pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan. Program kenali guru sesi petang dan taklimat peraturan sekolah diadakan dari pukul 9.15 pagi sampai 9.40 pagi. Selepas itu, satu Ujian Diagnostik diadakan di kelas masing-masing.

Semua ibu bapa pula ditempatkan di bilik gerakan. Taklimat dimulakan oleh Pengetua, pengetua menerangkan misi dan visi sekolah, kemudahan sekolah, carta organisasi sekolah dan program-program yang dijalankan oleh SMKAI kepada semua ibu bapa. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran pula memberi taklimat tentang keputusan yang dicapai oleh pelajar dalam Peperiksaan PMR dan SPM. PK Hem pula memberi taklimat tentang hal ewal pelajar. PK kokurikulum pula menerangkan tentang pretasi yang baik yang dicapai oleh pelajar dalam kokurikulum. PK petang pula menerang waktu persekolahan dan undang-undang perlu dipatuhi oleh pelajar baru, beliau juga berharap semua ibu bapa memberi sokongan yang penuh kepada sekolah. Taklimat diakhiri oleh ucapan Inspektor Ravi dan pengerusi PIBG.

Read more...

Wednesday 2 November 2011

Naib Johan Pertandingan Membina Blog


Buat julung kalinya SMK Air Itam meemenangi tempat ke dua Pertandingan Membina Blog sempena Karnival Kerjaya & Merekayasa Unit Bimbingan & Kaunseling anjuran unit HEM Jabatan Pulau Pinang. Sempena kemenangan ini, pihak Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Air Itam iaitu DR Arunasala Pandy, PK HEM Cik Choo Poh Lean, Penasihat pertandingan iaitu Miss Khor Aik Siew dan Cik Vivian. Tidak di lupakan juga kepada beberapa orang guru yang sedikit sebanyak telah membantu dalam menjalani latihan iaitu Cik Lim Gaik Hoon dan juga PK Petang iaitu Cik Khaw Juat Woon. Antara Pelajar-pelajar yang terlibat ialah :


  1. Mohamad Faizal (2S1)
  2. Amirul Al-Amin (2S1)
  3. Mohd Syahir (2S1)
  4. Harith Met (2S1)

Read more...

Monday 10 October 2011

Permohonan ke SMK Vokasional


Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:
• Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
• Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
• Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
• Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
• Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:
• Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
• Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
• Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Read more...

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi Tahun 2012


Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP
Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP


Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Elektif.
Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2012

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Maklumat

Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my



Read more...

Wednesday 5 October 2011

Hari Pemeriksaan Jantung


Tarikh : 05.10.2011
Masa : 8.30 - 12 .00 tengah hari
Tempat : Bilik Kokurikulum
Aktiviti : Pemeriksaan jantung pelajar.
Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 5.




Dr. Chan Boon Khai dari Klinik Jalan Perak bersama dua orang jururawat datang untuk membuat pemeriksaan jantung pelajar Tingkatan 5.

Read more...

Hari Informasi MAPCU


PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA PENDIDIKAN:HARI INFORMASI MAPCU - STUDY MALAYSIA 2011

Tarikh : 3 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Traders Hotel, Pulau Pinang





Read more...

Tuesday 4 October 2011

GOOD LUCK




Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMK AIR ITAM dan tak lupa juga kepada semua warga pelajar SMK AIR ITAM. Do the best and good luck!

Read more...

Tuesday 27 September 2011

KAUNSELING KERJAYA


KAUNSELING KERJAYA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK AIR ITAM

PENGENALAN
Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individu.

Menurut Super (Osipow, 1973) terdapt 3 unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu ;
• Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.
• Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.
• Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.

DEFINISI KERJAYA
• Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).
• Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).
• Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).
• Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.

PERSEDIAAN KERJAYA
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan kerjaya ialah ;
• Akademik
• Kemahiran
• Mental
• Emosi
• Sosial
• Dokumentasi



MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA
Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi.

Beberapa fasa telah dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi sumbangan kepada produktiviti yang tinggi.

Klik "Fasa-fasa Pemilihan Kerjaya (Cadangan)"

SUMBER MAKLUMAT KERJAYA
Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjayayang diminati di ;

a) IKLAN DI MEDIA MASA
- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa

- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv

b) AGENSI PEKERJAAN
- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran

- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com

c) TEMUDUGA TERBUKA
- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan

- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu

d) JABATAN TENAGA KERJA
- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my)

- Cawangan di seluruh negara

- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan

e) MAKLUMAT RAKAN
- Rakan-rakan yang sedang bekerja

- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati

- Rakan menjadi orang tengah

- Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/, http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my

- Permohonan terus melalui borang dalam laman web

f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
- Boleh mendaftar terus ( http:// www.spa@gov.com.my/)

- Maklumat yang diberi betul dan tepat

- Borang SPA8 perlu diisi

g) TEMUDUGA DI KAMPUS
- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

- Temuduga di Universiti atau Kolej

- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran

- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya

i) HARI KERJAYA
- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah

- Melibatkan banyak syarikat dan IPT

- Terus mengisi borang di tempat pameran

Sumber: UBK KKT


Read more...

OBJEKTIF


OBJEKTIF
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK AIR ITAM

Unit Kaunseling SMK Sentosa bertujuan membantu pelajar SMK Sentosa mempertingkatkan jati diri serta celik akal. Ia selaras dengan kepentingannya sebagai pelengkap proses pembelajaran yang sempurna. Unit Kaunseling turut cuba untuk memberi maklumat serta panduan hala tuju kepada pelajar selaras dengan keperluan semasa.

Read more...

VISI MISI & FALSAFAH




UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 
SMK AIR ITAM


VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah.

MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Read more...

Sebelum peperiksaan


Persediaan Fizikal
• Kesihatan (tidur yang cukup / jaga pemakanan / riadah).
• Keselamatan.

Persediaan Mental
• Hindari tanggapan negatif (menyerah kalah sebelum berjuang / merasa belum bersedia / harapan yang terlalu tinggi).
• Berfikiran positif.

Persediaan Emosi
• Mengelak diri daripada gangguan emosi (pertengkaran / perasaan marah / cinta / “overconfident” / berprasangka buruk).
• Bertenang / yakin diri / bersedia lebih awal / bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak diingini.

Persediaan Rohani
• Ketenangan Jiwa (jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat 5 waktu / perbanyakkan amalan sunat / mohon restu kedua ibu bapa / pebanyakkan zikir / tinggalkan dan jauhi maksiat / perbanyakkan berdoa)
Read more...

Hubungi kami


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK AIR ITAM
JALAN THEAN TEIK
11500 AIR ITAM
PULAU PINANG


Email: smk.airitam@yahoo.com.my

Laman : http://e-kaunselingsmkai.blogspot.com/

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara On-line atau datang secara terus.

Secara On-Line: Hantarkan persoalan melalui e-mail: smk.airitam@yahoo.com.my.

Secara terus: Anda boleh datang terus ke bilik kaunseling SMK Air Itam untuk berjumpa dengan kaunselor anda.

* Sekiranya kaunselor tiada, anda boleh mengisi borang temujanji di bilik kaunseling dan masukkannya ke kotak yang disediakan. Kaunselor akan cuba menghubungi anda secepat mungkin. Sekian terima kasih.
Read more...

MATLAMAT KAUNSELING


* Meningkatkan kemahiran klien dalam menangani masalah
* Membantu klien mengenalpasti potensi dirinya sendiri
* Membantu Klien mengubah tingkah laku
* Membantu klien dalam proses membuat keputusan
* Memberi semangat dan motivasi
* Membantu klien memperbaiki hubungan interpersonal dan intrapersonal
Read more...

APA ITU KAUNSELING?


Suatu proses perhubungan menolong yang sistemetik berasaskan prinsip tertentu yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perkembangan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.
Read more...

Friday 23 September 2011

Sharing with us


SELAMAT DATANG! Terhasilnya blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman, maklumat, idea mahupun pendapat dengan anda semua. Diharapkan blog ini mampu memberi informasi yang bermanfaat untuk kita semua.
Read more...

Thursday 22 September 2011

Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2011. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2011 jam 11.59 malam.

Read more...

Wednesday 7 September 2011

Program Keselamatan Jalan Raya


Program Keselamatan Jalan Raya
07.09.2011
Bilik Gerakan SMK Air Itam

Program ini telah ditajakan oleh Dato’Dr Loh Hock Hun, DSPN. Acara dimulakan dengan ucapan daripada wakil Dato’Loh, En Lim Thoon Deong, DJN dan merasmikan program ini.Kemudian, Koperal Norizan dari IPD Timur Laut memberi Ceramah tentang Keselamatan Di Jalan Raya. Beliau menunjukkan data statistic yang menunjukkan 96% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian semasa memandu.

Lepas ceramah, satu pameran diadkan. Pelajar-pelajar dapat melihat betapa ngerinya akibat kemalangan jalan raya. Mereka juga dapat informasi-informasi tentang menjaga keselamatan diri sendiri melalui risaklah-risalah yang diberi oleh polis. Pameran itu diselia oleh Koperal Suhaimi.







Read more...

Thursday 21 April 2011

BENGKEL KEPIMPINAN


Tarikh                          :20 April  2011
Masa                            :1.30 petang – 3.15 petang
Tempat                        :Bilik gerakan SMK Air Itam
Aktiviti                        :Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Kumpulan Sasaran      :Pengawas, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan



 Ceramah  diberikan oleh penceramah jemputan dari PTPT Kolej iaitu  Miss Woo







Read more...

Wednesday 16 February 2011

PROGRAM KEMPIMPINAN DAN ‘TEAMBUILDING’


Tarikh                          :16 Februari 2011
Masa                            :1.30 petang – 3.30 petang
Tempat                        :Dewan SMK Air Itam
Aktiviti                        :Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)






Ceramah kepimpinan dan team-building diberikan oleh penceramah jemputan dari PTPT Kolej iaitu Pn. Loh CY dan dibantu oleh Cik Staphy Foo. Ceramah yang diberi adalah berdasarkan slaid yang ditayangkan oleh penceramah.

Read more...

Saturday 22 January 2011

PROGRAM ASERTIF UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1 & PERALIHAN


Tarikh :22 Januari 2011
Masa : 3.45 petang -5.15 petang
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Aktiviti : Ceramah & Latihan Asertif
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 & Peralihan
Objektif : Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat asertif diri yang tinggi




.

Ceramah diberikan oleh guru bimbingan & kaunseling sendiri iaitu Cik Zetinorani Bte Madon dan dibantu oleh Pn. Wong King Hee sebagai translater kepada bahasa Mandarin. Ceramah yang diberikan adalah berdasarkan tayangan slaid dan contoh-contoh berdasarkan gambar dan video. Tujuannya adalah untuk membnatu pelajar memahami dengan lebih mendapat.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...