Info E-Kaunseling

Info E-Kaunseling
Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Air Itam. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: smk.airitam@yahoo.com.my atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Monday 10 October 2011

Permohonan ke SMK Vokasional


Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:
• Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
• Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
• Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
• Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
• Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:
• Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
• Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
• Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Read more...

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi Tahun 2012


Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP
Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP


Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Elektif.
Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2012

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Maklumat

Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my



Read more...

Wednesday 5 October 2011

Hari Pemeriksaan Jantung


Tarikh : 05.10.2011
Masa : 8.30 - 12 .00 tengah hari
Tempat : Bilik Kokurikulum
Aktiviti : Pemeriksaan jantung pelajar.
Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 5.




Dr. Chan Boon Khai dari Klinik Jalan Perak bersama dua orang jururawat datang untuk membuat pemeriksaan jantung pelajar Tingkatan 5.

Read more...

Hari Informasi MAPCU


PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA PENDIDIKAN:HARI INFORMASI MAPCU - STUDY MALAYSIA 2011

Tarikh : 3 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Traders Hotel, Pulau Pinang





Read more...

Tuesday 4 October 2011

GOOD LUCK




Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMK AIR ITAM dan tak lupa juga kepada semua warga pelajar SMK AIR ITAM. Do the best and good luck!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...