Info E-Kaunseling

Info E-Kaunseling
Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Air Itam. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: smk.airitam@yahoo.com.my atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Wednesday 22 February 2012

Taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej ITP




Taklimat tentang kursus kemahiran dan pinjaman kerajaan telah dijalankan oleh Cik Joyce dari Kolej ITP. Beliau menerangkan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej ITP. Beliau juga memberitahu pelajar tentang Kursus Juruteknik Elektrik dan Kursus Juruteknik Sistem Komputer boleh diberi pinjaman oleh kerajaan. Tempoh bayaran balik boleh sehingga umur 60 tahun. Elaun sebanyak RM 300.00 akan diberi kepada pelajar setiap bulan.

Read more...

Tuesday 21 February 2012

Lawatan dari University of Regina, Canada




Tarikh : 21 Feb 2012
Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tempat Perjumpaan : Bilik Mesyuarat

IPG Kampus Pulau Pinang sedang mengendalikan Program Pertukaran Pelajar dengan University of Regiina, Canada. Seramai 5 orang mahasiswa/mahasiswi yang sedang menyambut Pengajian mereka selama satu semester di IPG melawat SMK Air Itam dengan tujuan mendapat pengalaman mengetahui cara pembelajaran matematik di sekolah tempatan.

Mahasiswa/mahasiswi dari University of Regina telah membahagikan 20 orang pelajar kelas 2S1 dan 2S2 kepada 5 kumpulan. Mereka mengadakan temuduga dengan pelajar-pelajar dalam kumpulan dan membuat penyelidikan atas masalah matematik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutama topik pecahan.

Menurut seorang wakil mahasiswa/mahasiswi yang bernama Maegan Biss, SMK Air Itam ialah sekolah yang terbaik dari segi respon pelajar dan kelancaran sesi temuduga ini.
Read more...

Saturday 18 February 2012

Program Kaligrafi Cina ,Meniup Bunga Plum dan Menggunting Corak












Tarikh : 18 Februari 2012
 
Masa : 8.00 am- 10.00 am

Tempat : Bilik Gerakan SMK Air Itam

Anjuran : Persatuan Bahasa Cina
Dirasmikan oleh DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAM

Read more...

1 MALAYSIA PELBAGAI BUDAYA


TARIKH : 18 FEBRUARI 2012

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1. PESTA PONGGAL

2. PERTANDINGAN MELUKIS KOLAM

3. ACARA MAKAN YEE SANG

4. PERTANDINGAN KALIGRAFI CINA

5. PERTANDINGAN MENIUP BUNGA PLUM

6. GOTONG-ROYONG MEMASAK SARAPAN

7. TAYANGAN DOKUMENTARI KHAS


TEMPOH PROGRAM : 6 JAM

OBJEKTIF:

1. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan barisan pentadbir dan guru-guru SMK Air Itam.

2. Menyokong konsep 1 Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan budaya 3 kaum utama di Malaysia dalam semangat muhibbah dan disertai oleh guru-guru daripada pelbagai kaum.

3. Memahami adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia secara lebih mendalam dan mewujudkan perasaan kekitaan.

4. Membuktikan kepada masyarakat luar bahawa guru-guru SMK Air Itam berada dalam satu pasukan menjayakan hasrat memajukan generasi muda yang berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni dalam semangat 1 Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM:

Pengerusi : Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Abd. Latif bin Mohd Yusof (PK Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Norizan bt Ismail

Penyelaras : 1. Pn. Aishah bt Kadam

2. Pn. Saraswathy a/p Olagan

3. En. Gan Hock Leong

4. Pn. Rosezana bt Ibrahim

AJK : 1. ahli-ahli Panitia Bahasa Tamil

2. ahli-ahli Panitia Bahasa Cina

3. ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam

4. guru-guru pelbagai kaum
Read more...

Pesta Ponggal








Tarikh : 18 Februari 2012

Masa : 8.00 am- 10.00 am

Tempat : Dataran SMK Air Itam

Anjuran : Persatuan Bahasa Tamil

Dirasmikan oleh DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul







Tarikh : 18 Februari 2012

Masa : 8.00 am- 10.00 am

Tempat : Dewan SMK Air Itam

Read more...

Program Memasak Sarapan Pagi







Tarikh : 18 Februari 2012

Masa : 8.00 am- 10.00 am

Tempat :Tapak Letak Basikal SMK Air Itam

Guru-guru Islam telah bergabung tenaga memasak sarapan pagi di tapak letak basikal sekolah yang turut disertai oleh guru-guru Cina. Perasmian disimbolikkan dengan menumis bawang untuk sambal ikan bilis oleh Tuan Pengetua.

Read more...

Tuesday 7 February 2012

Happy Thaipusam


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

Read more...

Monday 6 February 2012

happy chap Goh Meh


Chap Goh Meh is basically the last day of the Chinese New Year festival which is celebrated on the fifteenth day. The term Chap Goh Mei is derived from the Hokkien dialect when translated simply means the 15th night of Chinese New Year. Chap Goh Mei is also known as the Chinese Valentine’s Day.

Read more...

Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Read more...

Friday 3 February 2012

Cuti Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan Thaipusam


Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan Thaipusam.

Tarikh Cuti ialah 05.02.2012 (Ahad) hingga 07.02.2012 (Selasa)

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pengetua
SMK AIR ITAM
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...