Info E-Kaunseling

Info E-Kaunseling
Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Air Itam. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: smk.airitam@yahoo.com.my atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Wednesday, 22 February 2012

Taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej ITP




Taklimat tentang kursus kemahiran dan pinjaman kerajaan telah dijalankan oleh Cik Joyce dari Kolej ITP. Beliau menerangkan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej ITP. Beliau juga memberitahu pelajar tentang Kursus Juruteknik Elektrik dan Kursus Juruteknik Sistem Komputer boleh diberi pinjaman oleh kerajaan. Tempoh bayaran balik boleh sehingga umur 60 tahun. Elaun sebanyak RM 300.00 akan diberi kepada pelajar setiap bulan.

Read more...

Tuesday, 21 February 2012

Lawatan dari University of Regina, Canada




Tarikh : 21 Feb 2012
Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tempat Perjumpaan : Bilik Mesyuarat

IPG Kampus Pulau Pinang sedang mengendalikan Program Pertukaran Pelajar dengan University of Regiina, Canada. Seramai 5 orang mahasiswa/mahasiswi yang sedang menyambut Pengajian mereka selama satu semester di IPG melawat SMK Air Itam dengan tujuan mendapat pengalaman mengetahui cara pembelajaran matematik di sekolah tempatan.

Mahasiswa/mahasiswi dari University of Regina telah membahagikan 20 orang pelajar kelas 2S1 dan 2S2 kepada 5 kumpulan. Mereka mengadakan temuduga dengan pelajar-pelajar dalam kumpulan dan membuat penyelidikan atas masalah matematik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutama topik pecahan.

Menurut seorang wakil mahasiswa/mahasiswi yang bernama Maegan Biss, SMK Air Itam ialah sekolah yang terbaik dari segi respon pelajar dan kelancaran sesi temuduga ini.
Read more...

Saturday, 18 February 2012

Program Kaligrafi Cina ,Meniup Bunga Plum dan Menggunting Corak












Tarikh : 18 Februari 2012
 
Masa : 8.00 am- 10.00 am

Tempat : Bilik Gerakan SMK Air Itam

Anjuran : Persatuan Bahasa Cina
Dirasmikan oleh DR.ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAM

Read more...

1 MALAYSIA PELBAGAI BUDAYA


TARIKH : 18 FEBRUARI 2012

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1. PESTA PONGGAL

2. PERTANDINGAN MELUKIS KOLAM

3. ACARA MAKAN YEE SANG

4. PERTANDINGAN KALIGRAFI CINA

5. PERTANDINGAN MENIUP BUNGA PLUM

6. GOTONG-ROYONG MEMASAK SARAPAN

7. TAYANGAN DOKUMENTARI KHAS


TEMPOH PROGRAM : 6 JAM

OBJEKTIF:

1. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan barisan pentadbir dan guru-guru SMK Air Itam.

2. Menyokong konsep 1 Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan budaya 3 kaum utama di Malaysia dalam semangat muhibbah dan disertai oleh guru-guru daripada pelbagai kaum.

3. Memahami adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia secara lebih mendalam dan mewujudkan perasaan kekitaan.

4. Membuktikan kepada masyarakat luar bahawa guru-guru SMK Air Itam berada dalam satu pasukan menjayakan hasrat memajukan generasi muda yang berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni dalam semangat 1 Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM:

Pengerusi : Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Abd. Latif bin Mohd Yusof (PK Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Norizan bt Ismail

Penyelaras : 1. Pn. Aishah bt Kadam

2. Pn. Saraswathy a/p Olagan

3. En. Gan Hock Leong

4. Pn. Rosezana bt Ibrahim

AJK : 1. ahli-ahli Panitia Bahasa Tamil

2. ahli-ahli Panitia Bahasa Cina

3. ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam

4. guru-guru pelbagai kaum
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...